Frequently Asked Questions

Sejak bermula dengan bisnes ni bermacam2 soalan yang kami dapat samada melalui email ataupon comment di blog ini. Jadi untuk memudahkan kami dan juga anda, di sini saya akan letakkan jawapan kepada semua soalan2 yang selalu kami dapat.

  1. Di manakah lokasi perniagaan HantaranKahwin.com
  2. Saya ingin tahu caj untuk gubahan hantaran
  3. Bagaimana penghantaran gubahan-gubahan hantaran dilakukan??
  4. Ada servis penghantaran ke [nama tempat] tak?
  5. Pembayaran dilakukan bagaimana??
  6. Saya ingi tahu sama ada kos gubahan hantaran sama jika majlis di buat di xxx (i.e: bahau, melaka, terengganu etc.. )
  7. Di mana saya boleh tengok gambar-gambar contoh gubahan hantaran yang pernah puan buat sebelum ini?
  8. Puan gubah bekas hantaran sahaja ataupon termasuk barang hantaran sekali?
  9. Adakah warna telah ditetapkan atau boleh pilih sendiri?
  10. Pakej Gubahan Hantaran ini sekali dengan barang (i.e: handbag, alat mekap, etc) atau gubahan sahaja?
  11. Biasanya memerlukan masa berapa lama ya untuk gubahan hantaran dapat disiapkan?

Di manakah lokasi perniagaan HantaranKahwin.com

Perniagaan kami beroperasi di Kajang, Selangor.

Back to Top

Saya ingin tahu caj untuk gubahan hantaran

Kami menawarkan pakej harga mengikut kuantiti gubahan hantaran yang ditempah. Untuk harga yang terkini anda boleh boleh rujuk ke laman: Harga Gubahan Hantaran

Back to Top


Bagaimana penghantaran gubahan-gubahan hantaran dilakukan??

Kami tidak menawarkan sebarang perkhidmatan penghantaran gubahan-gubahan hantaran yang telah siap digubah. Anda perlu ke lokasi kami untuk mengambil sendiri semua gubahan yang telah siap.

Back to Top


Majlis perkahwinan/pertunangan saya bakal diadakan di [nama tempat i.e: melaka, kedah etc..], bolehkan saya menempah gubahan hantaran dengan puan?

Kami terima tempahan tak kira di mana lokasi majlis anda, selagi anda dapat mengambil sendiri gubahan hantaran yang telah siap dan juga memulangkan semula bekas-bekas setelah majlis selesai.

Back to Top


Ada servis penghantaran ke [nama tempat] tak?

Kami tidak menawarkan servis penghantaran, semua gubahan-gubahan yang telah siap hendaklah diambil sendiri di lokasi kami.

Back to Top


Bagaimana pembayaran dilakukan?

Semua pembayaran adalah secara tunai. Bayaran minimum RM50 diperlukan untuk booking tarikh dan selebihnya perlu dibayar ketika mengambil gubahan hantaran yang telah siap.

Back to Top


Saya ingin tahu sama ada kos gubahan hantaran sama jika majlis di buat di xxx (i.e: bahau, melaka, terengganu etc.. )

Harga untuk Pakej Gubahan Hantaran kami adalah sama tak kira di mana majlis anda diadakan.

Back to Top


Di mana saya boleh tengok gambar-gambar contoh gubahan hantaran yang pernah puan buat sebelum ini?

Jika di homepage blog ini anda boleh lihat senarai gubahan hantaran yang terbaru di seksyen ‘Contoh-contoh Gubahan Hantaran Terbaru’ dan di setiap page di bahagian header terdapat link ‘Hantaran By Color‘ yang anda boleh klik atau pon boleh pilih warna gubahan hantaran yang hendak anda lihat.

Klik tajuk post untuk lihat gambar-gambar yang ada di post itu dan juga untuk melihat gambar yang lebih besar sila klik gambar itu.

Back to Top


Puan gubah bekas hantaran sahaja ataupon termasuk barang hantaran sekali?

Gubahan hantaran yang digubah termasuk dengan barang hantaran sekali. Barang-barang yang hendak digubah hendaklah diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis diadakan.

Back to Top


Adakah warna telah ditetapkan atau boleh pilih sendiri?

Warna tema gubahan hantaran merupakan pilihan anda sendiri, tetapi untuk setiap warna kami mempunyai jumlah yang terhad. Jika warna yang anda mahu tidak ada, berkemungkinan kami boleh buat set yang baru tetapi bergantung kepada budi bicara Puan Noridah.

Untuk mengetahui kombinasi warna yang masih ada anda perlu telefon ataupon email kepada Puan Noridah sendiri.

Back to Top


Pakej Gubahan Hantaran ini sekali dengan barang (i.e: handbag, alat mekap, etc) atau gubahan sahaja?

Kami tidak menyediakan barang-barang seperti handbag, alat mekap, dan etc…semua itu perlu disediakan oleh anda dan diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis anda dilangsungkan. Tetapi kami boleh membantu untuk membelikan buah-buahan atau coklat. Kos tambahan ini perlu anda bayar penuh bersama dengan harga pakej yang anda tempah semasa anda datang untuk mengambil gubahan hantaran yang telah pon siap.

Back to Top


Biasanya memerlukan masa berapa lama ya untuk gubahan hantaran dapat disiapkan?

Gubahan hantaran tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, tetapi adalah digalakkan untuk anda buat tempahan awal kerana tempahan yang kami ambil untuk masa seminggu adalah terhad dan jika quota telah penuh kami terpaksa menolak tempahan anda.

Back to Top

Jika anda mempunyai soalan yang tidak dikemukakan di page ini anda boleh, call terus Puan Noridah di 013-3693240 atau pon email di noridah.bahari[at]hantarankahwin[.dot]com untuk bertanyakan soalan ataupon kemusykilan yang anda ada.