Cara Buat Bunga dari Duit Kertas untuk Gubahan Mas Kahwin [Tutorial]

Assalamualaikum :D,

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya nak post tutorial mengenai cara-cara untuk membuat bunga dengan menggunakan duit kertas. Bunga-bunga ini kemudiannya boleh digubah untuk membuat Gubahan dulang untuk Mas Kahwin daripada pihak pengantin lelaki.

Contoh gubahan duit Mas Kahwin yang telah siap adalah seperti di bawah.

Gubahan Bunga Duit Mas Kahwin

Bahan dan peralatan yang diperlukan:

  • 3 keping duit RM 50 untuk sekuntum bunga.
  • Dawai Halus no.24
  • Pelilit Hijau
  • Inti Bunga
  • Playar kecil untuk kemaskan dan memotong dawai.

Tambahan untuk gubahan Mas Kahwin:

  • Bunga serta daun tiruan.
  • Hiasan seperti manik dan sebagainya.
  • Riben.

Langkah 1:
Dengan menggunakan lidi bentukkan hujung kiri dan kanan duit seperti dalam Rajah 1 dan 2.

Tutorial Bunga Duit Mas Kahwin - 01

 

Langkah 2:

Ulang langkah 1 untuk setiap penjuru duit. Sebaiknya pastikan semua di permukaan yang sama. Seperti dalam Rajah 3 dan 4 untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas.

Tutorial Bunga Duit Mas Kahwin -02

 

Langkah 3:

Lipat dua duit seperti dalam Rajah 5, dan kemudian kedutkan di tengah-tengah duit dan picit untuk membentuk kelopak (Rajah 6). Ikat dengan dawai di bahagian tengah dan kemaskan (Rajah 7).

Ulang sehingga siap.

Tutorial Bunga Duit Mas Kahwin -03

 

Langkah 4:

3 keping kelopak duit beserta inti bunga diperlukan untuk menghasilkan sekuntum bunga (Rajah 8).

Mulakan dengan meletak inti bunga di tengah kelopak seperti dalam  Rajah 9, dan susun kelopak lain sehingga terbentuk bunga seperti di Rajah 10. Kemaskan dan lilit dengan pelilit hijau.

Tutorial Bunga Duit Mas Kahwin -04

Dan siaplah bunga kita! Tahniah. Seterusnya boleh la digubah mengikut kreativiti sendiri sebagai Mas Kahwin seperti contoh yang telah siap saya buat di gambar yang pertama di atas. 😀

Saya campurkan dengan bunga dan daun tiruan untuk menambah warna dan seri kepada gubahan duit mas kahwin ini. Juga riben sebagai pemanis.

Sekian, tutorial pertama dari saya di blog HantaranKahwin by Eida ini.

Sudi-sudikan lah Share post ni. InsyaAllah saya akan cuba lagi untuk buat tutorial yang lain pula di masa yang akan datang.

Kalau ada yang mahu bertanya mengenai tempahan gubahan hantaran bolehlah hubungi saya di nombor 013-3693240.

 

 

Author: Noridah Bahari

Pemilik dan tulang belakang di sebalik kerja-kerja kreatif gubahan hantaran di HantaranKahwin by Eida.

Sebarang pertanyaan mengenai tempahan atau apa-apa berkaitan gubahan hantaran boleh diajukan ke no. hp: 013-3693240.

Share This Post On

Leave a Reply

%d bloggers like this: