Tutorial menggunakan Photobook Designer – Bahagian 1

Hi dan Assalamualaikum untuk semua..

Jom kita sambung lagi tutorial nak buat Photobook guna software Photobook Designer ni..hehe.. Kalau terlepas post sebelum ni boleh bace kat sini: Tutorial menggunakan Photobook Designer – Pengenalan. Sebelum bermula saya cuma nak highlightkan pasal saiz-saiz photobook yang ada. Secara ringkasnya boleh lah rujuk gambar di bawah ni untuk saiz-saiz photobook yang ada ditawarkan.

saiz-saiz photobook yang ada

Selain itu kita juga boleh pilih jenis cover yang kita nak. Boleh rujuk gambar di bawah untuk melihat rupanya. Dari kiri, debossed, imagewrap, pro series, proof books, dan softcover.

photobook cover type

Kalau nak tau lebih terperinci tentang jenis-jenis cover photobook boleh la pergi ke laman web Photobook Malaysia. Dalam banyak-banyak pilihan saiz dah cover, yang menjadi pilihan saya ialah untuk cover saya suke Imagewrap dan saiz Medium Landscape. Semua photobook yang saya dah buat dengan mereka adalah dalam saiz ini. 😀

Okay, jom kita mulakan tutorial kita.

1. Pengurusan Gambar-gambar untuk dimasukkan dalam Photobook.

Untuk memudahkan kerja kita apabila meng’import’ gambar ke software Photobook Designer saya sarankan agar semua gambar-gambar yang kita nak masukkan dalam design photobook tu nanti dikumpulkan di dalam satu folder.

Saya telahlah pon mengumpul semua gambar-gambar lama saya masa bertunang dulu dan buat satu folder baru untuk menyimpan gambar-gambar tersebut.

urus gambar untuk photobook

2.  Pilih Readybook dari laman web Photobook Malaysia.

Adalah lebih mudah kalau kita menggunakan Ready book je bila nak design photobook ni, tapi kalau  nak buat sendiri dari mula pon boleh juga. Dulu pon saya design gunakan photoshop dulu dan lepas tu baru import layout yang telah siap terus ke software. Untuk photobook Majlis tunang saya ni saya dah pon pilih readybook ‘My Sweet Valentine’.

ready book my sweet valentine

Untuk memilih readybook mana yang sesuai dengan tema photobook anda nanti bolehlah lihat di link ini. (Open in new tab)

Dan bila dah pilih readybook pilihan hati, bolehlah install readybook tersebut.

photobook tutorial - install readybook

Lepas ni baru la kerja-kerja yang berat sikit.. hehehe..nak susun gambar-gambar yang ada gunakan software Photobook Designer, tapi tu kita cerita kat post yang lain pulak..

Jika berminat dengan Gubahan Hantaran kami, untuk maklumat harga pakej anda hanya perlu ke page Harga Gubahan Hantaran. Jika anda ada sebarang persoalan anda boleh ke laman FAQs kami. Mungkin disitu anda akan mendapat jawapannya.

Untuk tempahan sila email butiran seperti tarikh majlis, dan tema warna ke moc]tod[niwhaknaratnahnull]ta[irahab.hadiron atau
hubungi 013-3693240(Pn. Noridah) untuk sebarang pertanyaan/tempahan berkenaan gubahan hantaran.

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

Leave a Reply