Tutorial menggunakan Photobook Designer – Pengenalan

Sebelum ini saya ada buat pos tentang Custom Album; perlu atau tidak dan alternatifnya (will open in new tab). Kalau belum baca lagi bolehlah baca dulu post tu, tapi tanak bace pon okay je…

Untuk tutorial ni saya akan gunakan software Photobook Designer by Photobook Malaysia.

photobook designer by photobook malaysia

Kalau belum ada bolehlah download di website mereka dulu (will open in new tab) serta install di laptop atau komputer, dan untuk lebih mudah lagi Photobook Malaysia juga ada menyediakan Ready Book. Ini pon boleh di download di website mereka.

Pihak mereka sentiasa menambah ready book baru untuk pelanggan mereka buat masa sekarang ni banyak jugak lah yang dah mereka sediakan dan merangkumi banyak kategori.

photobook designer readybook categories

Untuk kategori wedding pon terdapat beberapa pilihan readybook yang boleh kita pilih. Mereka juga sediakan fungsi preview untuk kita melihat dulu bagaimana rupa readybook tersebut.

photobook designer tutorial- readybook wedding

Tapi kalau kita nak gunakan readybook photobook malaysia ni, kalau nak pakai ready book yang bukan dalam kategori tema yang kita nak buat pon boleh juga. Sebagai contoh saya pernah gunakan readybook ‘Summer Explorer’ dari kategori Travel untuk buat photobook untuk anak no.2 saya.

azris-first-50days-photobook-01 azris-first-50days-photobook-03

There’s no limit dalam berkreativiti..hehehe..jadi kalau rasa readybook tu cantik ke or macam kena ngan tema yang kita nak buat untuk photobook kita apa salahnya kalau kita gunakan..kan? hehehe..

Untuk tutorial ni saya akan bahagikan dalam beberapa bahagian. Tak pasti lagi berapa tapi untuk elakkan post ni jadi terlalu panjang. Dah lama dah saya nak buat photobook untuk Majlis tunang saya, dah 7 tahun dah kot berlalu baru nak buat..hahaha.. Ye lah..dulu mana ade photobook bagai ni.. Sambil saya designkan Photobook untuk majlis tunang saya tu saya akan share tutorial mudah bagaimana saya buat photobook saya.

Jadi, secara ringkasnya, ini langkah2 yang perlu kita buat untuk design photobook kita ni.

  • Pilih gambar yang kita nak masukkan dalam photobook dan kumpulkan semuanya di dalam satu folder.
  • Pilih dan download readybook yang kita nak gunakan sebagai base. Install readybook.
  • Buka program Photobook Designer.
  • Buat project baru.
  • Import gambar dari folder yang kita dah sediakan.
  • Susun gambar ikut layout readybook yang ada. Nak advance sikit boleh edit jugak layout gambar2 ni.
  • Siap susun gambar, dah boleh send order.

Cukup lah kot untuk masa ni, nanti saya sambung ke post seterusnya untuk terangkan dengan lebih terperinci bagaimana untuk design photobook dengan menggunakan Photobook Designer ni.

Jika berminat dengan Gubahan Hantaran kami, untuk maklumat harga pakej anda hanya perlu ke page Harga Gubahan Hantaran. Jika anda ada sebarang persoalan anda boleh ke laman FAQs kami. Mungkin disitu anda akan mendapat jawapannya.

Untuk tempahan sila email butiran seperti tarikh majlis, dan tema warna ke moc]tod[niwhaknaratnahnull]ta[irahab.hadiron atau
hubungi 013-3693240(Pn. Noridah) untuk sebarang pertanyaan/tempahan berkenaan gubahan hantaran.

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tutorial menggunakan Photobook Designer - Bahagian 1 | HantaranKahwin.com - […] guna software Photobook Designer ni..hehe.. Kalau terlepas post sebelum ni boleh bace kat sini: Tutorial menggunakan Photobook Designer –…

Leave a Reply