Lamanya saya tak upload gambar gubahan hantaran terbaru hasil kerja tangan mak saya (Pn. Noridah). Dia pon dah ada juga bertanya bila saya nak upload gambar baru..sebab ada juga yang call dia sambil2 tanya tentang maklumat tempahan gubahan hantaran, nak juga tengok gambar contoh yang terbaru.. :D

Jadi kali ni saya upload gambar2 gubahan hantaran yang bertemakan warna purple atau ungu dan putih (ada pink sikit rupanya baru saya perasan :D ). Hantaran ini merupakan gubahan hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Ada beberapa bekas yang saya pon tak pasti apa isinya nanti..

Kepada pasangan yang nak bertunang or berkahwin tu dan masih tercari-cari atau pon memang sukakan tema warna putih dan purple ni, saya harap mungkin gambar ini dapat memberi inspirasi atau idea untuk gubahan hantaran anda nanti.. :D

Kalau berminat nak menempah dengan mak saya boleh la call Pn.Noridah di nombor 013-3693240.

Be Sociable, Share!