Custom Album, perlu atau tidak?? Alternatifnya?

Kalau kita tengok pakej-pakej dari photographer perkahwinan ni sudah pasti akan disertakan dengan album, tetapi biasanya terdapat 2 jenis album yang akan ditawarkan oleh jurugambar perkahwinan ni iaitu Sticky Album ataupon Custom Album juga kadang-kadang juga dikenali sebagai Coffee Table Album.

Sticky Album ni rasanya semua pon tau kan? Album yang ada plastik nipis, lepas tu kita buka plastik nipis tu dan susun-susun gambar dan lekatkan balik plastik nipis tu. Custom Album ni pulak biasanya yang ditawarkan oleh jurugambar perkahwinan ni ialah yang jenis bermuka surat tebal dan biasanya mempunyai 20 ataupon 22 muka surat..lebih kurang. Istimewanya Custom Album ni ialah gambar-gambar akan dipilih dan diedit oleh jurugambar dan layout atau susun atur gambar adalah menarik dan unik bagi setiap muka surat. Berbeza dari gambar-gambar yang selalu kita print dalam size 3R atau 4R, setiap gambar-gambar akan dicetak terus di muka surat Custom Album.

Rasa-rasanya perlu ke tidak Custom Album ni? Seperti yang kita tahu selalunya kalau pakej yang disertakan dengan Custom Album ni selalunya jauh beza mahalnya dengan yang hanya disertakan Sticky Album sahaja.

Pada pendapat saya, terpulanglah kepada bajet bakal pengantin itu sendiri. Kalau mampu apa salahnya. Saya dulu ambil juga pakej dengan Custom Album, nak kata mampu tu memang dah takat hidung dah bajetnya..hehe..tapi memang niat dihati tu berkuat juga nakkan Custom Album tu, lagipon masa saya kahwin dulu belum ada alternatif lain untuk Custom Album. Cuma jurugambar saja yang tahu mana nak cetak Custom Album ni, tapi sekarang ni dah ada beberapa syarikat di Malaysia yang menjalankan servis mencetak Photobook.

Photobook ini sedikit berbeza dengan Custom Album yang disertakan oleh jurugambar perkahwinan kerana helaian muka suratnya adalah nipis sahaja. Walaubagaimana pun tetap memberikan hasil yang memuaskan hati.

Saya berani cakap sebab saya sendiri pernah membuat beberapa photobook dengan syarikat yang berbeza.

Gambar-gambar di bawah ialah antara Photobook yang pernah saya buat sendiri dan cetak menggunakan khidmat mereka.

myflippix-photobook-kahwin

photobook-malaysia-honeymoon

baby-photobook

photobook-myflippix-alif-first-bday

Pelbagai tema photobook boleh kita design sendiri, seperti yang pernah saya buat di atas:

  • Photobook perkahwinan saya untuk belah lelaki
  • Photobook honeymoon kami..
  • Photobook tahun pertama anak saya
  • Photobook Birthday

Semuanya bergantung kepada daya kreativity kita sendiri. Jadi kalau nak kurangkan sikit budget untuk album pon dah boleh dan bila dah selesai segala pembayaran untuk Majlis perkahwinan dan kewangan pon dah kembali stabil boleh la print sendiri photobook ni.. πŸ˜€

Saya rekomen 2 syarikat ini yang saya sendiri pernah berurusan dengan mereka:

  • Photobook Malaysia – http://www.photobook.com.my/
  • Myflippix – http://www.myflippix.com/

Dari segi harganya boleh tahan juga la..tapi tipsnya ialah kita kena ambil peluang apabila mereka memberi harga promosi. Photobook Malaysia kadang kala menawarkan photobook mereka dengan harga serendah RM99 dan untuk Myflippix pula saya pernah dapat harga dalam RM88 termasuk dengan paper upgrade dan kos pos melalui skynet.

Saya selalunya menggunakan khidmat Photobook Malaysia untuk mencetak photobook yang mempunyai banyak gambar sebab minimum di Photobook Malaysia kita kena print 40 muka surat, manakala Myflippix membenarkan kita print minimum 20 muka surat. Jadi bergantung kepada jumlah gambar yang saya ada saya akan pilih yang mana satu lebih sesuai dengan keadaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat mencetak photobook ni silalah ke website mereka ye.. πŸ˜€

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

18 Comments

  1. Photobook Malaysia mmg best πŸ˜€ saya pun guna photobook malaysia πŸ˜€

    Post a Reply
  2. Salam.thanx for the info;)saya adalah antara ramai2 kat luar sane yang berangan nak wat Custom album dulu tapi dah ada anak satu ni pun belum kesampaian lagik,hehe.pasni buleh laa try usha Photobook malaysia:)

    Post a Reply
  3. best sgt bce article ni sbb info yg berguna…bajet utk gambar xda sgt…so kna kuar yg termampu walau keinginan diluar batasan…hihi…nak tanye…kalau kita nak buat custom album or photobook ni, gambar kita dah edit dulu or just bri trus pada diorg cd gambar kita n diorg yg editkan?

    Post a Reply
    • Salam Atie,

      Thanks πŸ˜€
      Pasal photobook ni..diorang tak editkan untuk kita..diorang just print ape yang kita hantar kat diorang jek…
      First sekali kalau nak order kena download software diorang..basically software diorang semua pon ade…just drag and drop jek..

      Tapi kalau pandai pakai photoshop or other photo editing software, kita boleh create the pages dalam photoshop then import ke software diorang..saya buat camtu..sbb cam more freedom nak design ape..

      Post a Reply
    • salam norman,

      thanks for the suggestion..saya pernah gak tengok site diorang..tapi ye ke murah? dah tak ingat sangat..hehe..cuma saya tak guna je la..sebab saya memang dah puas hati dengan khidmat myflippix dan photobook malaysia..hasil diorang memang saya puas hati everytime… πŸ˜€ anyway norman dah pernah buat photobook dengan wedoo tu ke? maybe boleh share macam mana hasilnya..

      Post a Reply
  4. Salam, sy sgt3x kurang arif psl album2 nie.. kesimpulannya, utk org yg bujet, diorang jz boleh upah org ambil gambar je la.. tp , kita sendiri yg deisgn ke? so lebih murah lah kan. mcm tu kan?

    Post a Reply
    • Salam Nurul,

      Lebih kurang laa..photobook ni bile2 kita ada budget pas2 dah kawen tu pon boleh buat..so takde la semua berabes masa wedding tu..tapi memang kena design sendiri laa..kalau nak murah cam saya suggest tu..buat time diorang buat discount..memang untung…
      But kalau nak photobook or custom album yang nampak hasilnye profesional ni kena la ambil dengan yang professional jugak..kalau sendiri buat maknanya hasilnya akan depend on kreativiti dan skill editing kita sendiri.. πŸ˜€ Masing2 ade pros and cons..

      Post a Reply
  5. lagi satu website utk photobook ni ialah..

    http://www.uprint.com.my

    ni anak syarikat pada Karangkraf. tunggu bila promotion leh dapat harga berbaloi2.. saya ada buat satu buku imagewrap size A4 48 pages just RM90 jer (harga asal dia RM198 dan sekarang ada promotion beli satu percuma satu).. siap leh upgrade kertas kepada premium paper lagi..

    Post a Reply
    • salam zack,

      thanks for the info..saya tau pasal uprint ni dan pernah cuba buat photobook sekali ngan mereka..cuma saya rasa saya lebih suka kepada hasil dan quality dari myflippix dan photobook malaysia..tapi kalau sesiapa nak mencuba boleh jek..maybe sekarang diorang lebih baik dari dlu.. πŸ˜€

      Post a Reply
  6. mintakjer fotograper buat kan masuk lam pakej apa.. apa susah.. kalau saya… cutums album dan mockup amahupn story book as request by customer.. design fee jer…nak wat macam man pun boleh.. this ur big day.. so as King of da day u decide…
    One photo can picture all

    Post a Reply
    • salam rgb lensa,

      yup..but as i said in the post, ni alternatif for orang yang nak jimat sikit duit untuk kahwin..ye la..skang ni photographer pon charge bukan murah2 kalau nak buat custom album ni..kalau budget ada of course lebih senang serahkan semua pada photographer..apa2 pon as you said it is the decision of the pengantin tu sendiri..orang kata nak berbelanja pon kena la berpada2 dan ikut kemampuan, jangan nanti lepas dah selesai majlis perkahwinan berhutang sane sini sampai tak berbayar..dengan adanya alternatif macam ni kiranya pengantin boleh decide sendiri untuk buat custom album sendiri bila2 masa selepas selesai semua yang perlu dibayar untuk majlis perkahwinan..

      Post a Reply
  7. wah ! sangat berguna . memang tengah cari info ni . kalau edit sendiri pakai photoshop , kita kena create page tu ikot saiz album yang kita nak kan ? kena buat macam layout exactly macam template yang diorang dah sediakan tu ke ? then macam mana nak import ke software diorang tuh ?

    Post a Reply
    • salam yaya,

      depend on nak print dengan sape..kalau nak design dengan photoshop better tanye orang tu sebaiknya saiz ape yang kita patut design..sebab masing2 ade setting lain2..as for layout tu kalau pakai photoshop kita boleh buat suka hati jek la nak design camne..more freedom kat situ..kalau nak exactly cam layout diorang better just pakai editor diorang jek..

      as for nak import tu..normally saya just save as jpeg, make sure resolution at least 300dpi..for printing..then bukak software and import jek folder katne simpan images tu..

      Post a Reply
  8. Salam.

    Nak tanya, dari segi kualiti yg mana satu paling ok di antara Myflippix @ Photobook Malaysia?

    Post a Reply
  9. ui kak!amcm ble wat tu??kita ambil pic sdri then hntr kat mrk ka?nmpk cantik tp taktahu plk caranya nk wat….heehhee.ke direct p tmpt dia?atoi!

    Post a Reply
  10. ctik bole nk belajr ye

    Post a Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tutorial menggunakan Photobook Designer - Pengenalan | HantaranKahwin.com - […] ini saya ada buat pos tentang Custom Album; perlu atau tidak dan alternatifnyaΒ (will open in new tab). Kalau belum…

Leave a Reply

%d bloggers like this: