Kalau kita tengok pakej-pakej dari photographer perkahwinan ni sudah pasti akan disertakan dengan album, tetapi biasanya terdapat 2 jenis album yang akan ditawarkan oleh jurugambar perkahwinan ni iaitu Sticky Album ataupon Custom Album juga kadang-kadang juga dikenali sebagai Coffee Table Album.

Sticky Album ni rasanya semua pon tau kan? Album yang ada plastik nipis, lepas tu kita buka plastik nipis tu dan susun-susun gambar dan lekatkan balik plastik nipis tu. Custom Album ni pulak biasanya yang ditawarkan oleh jurugambar perkahwinan ni ialah yang jenis bermuka surat tebal dan biasanya mempunyai 20 ataupon 22 muka surat..lebih kurang. Istimewanya Custom Album ni ialah gambar-gambar akan dipilih dan diedit oleh jurugambar dan layout atau susun atur gambar adalah menarik dan unik bagi setiap muka surat. Berbeza dari gambar-gambar yang selalu kita print dalam size 3R atau 4R, setiap gambar-gambar akan dicetak terus di muka surat Custom Album.

Rasa-rasanya perlu ke tidak Custom Album ni? Seperti yang kita tahu selalunya kalau pakej yang disertakan dengan Custom Album ni selalunya jauh beza mahalnya dengan yang hanya disertakan Sticky Album sahaja.

Pada pendapat saya, terpulanglah kepada bajet bakal pengantin itu sendiri. Kalau mampu apa salahnya. Saya dulu ambil juga pakej dengan Custom Album, nak kata mampu tu memang dah takat hidung dah bajetnya..hehe..tapi memang niat dihati tu berkuat juga nakkan Custom Album tu, lagipon masa saya kahwin dulu belum ada alternatif lain untuk Custom Album. Cuma jurugambar saja yang tahu mana nak cetak Custom Album ni, tapi sekarang ni dah ada beberapa syarikat di Malaysia yang menjalankan servis mencetak Photobook.

Photobook ini sedikit berbeza dengan Custom Album yang disertakan oleh jurugambar perkahwinan kerana helaian muka suratnya adalah nipis sahaja. Walaubagaimana pun tetap memberikan hasil yang memuaskan hati.

Saya berani cakap sebab saya sendiri pernah membuat beberapa photobook dengan syarikat yang berbeza.

Gambar-gambar di bawah ialah antara Photobook yang pernah saya buat sendiri dan cetak menggunakan khidmat mereka.

myflippix-photobook-kahwin

photobook-malaysia-honeymoon

baby-photobook

photobook-myflippix-alif-first-bday

Pelbagai tema photobook boleh kita design sendiri, seperti yang pernah saya buat di atas:

  • Photobook perkahwinan saya untuk belah lelaki
  • Photobook honeymoon kami..
  • Photobook tahun pertama anak saya
  • Photobook Birthday

Semuanya bergantung kepada daya kreativity kita sendiri. Jadi kalau nak kurangkan sikit budget untuk album pon dah boleh dan bila dah selesai segala pembayaran untuk Majlis perkahwinan dan kewangan pon dah kembali stabil boleh la print sendiri photobook ni.. :D

Saya rekomen 2 syarikat ini yang saya sendiri pernah berurusan dengan mereka:

  • Photobook Malaysia – http://www.photobook.com.my/
  • Myflippix – http://www.myflippix.com/

Dari segi harganya boleh tahan juga la..tapi tipsnya ialah kita kena ambil peluang apabila mereka memberi harga promosi. Photobook Malaysia kadang kala menawarkan photobook mereka dengan harga serendah RM99 dan untuk Myflippix pula saya pernah dapat harga dalam RM88 termasuk dengan paper upgrade dan kos pos melalui skynet.

Saya selalunya menggunakan khidmat Photobook Malaysia untuk mencetak photobook yang mempunyai banyak gambar sebab minimum di Photobook Malaysia kita kena print 40 muka surat, manakala Myflippix membenarkan kita print minimum 20 muka surat. Jadi bergantung kepada jumlah gambar yang saya ada saya akan pilih yang mana satu lebih sesuai dengan keadaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat mencetak photobook ni silalah ke website mereka ye.. :D