Salam untuk semua..

Hari ini saya ada pengumuman yang hendak saya sampaikan mengenai harga pakej-pakej Gubahan Hantaran di Hantaran Kahwin dot Com.

Buat pengetahuan semua bermula dari tarikh 1 February 2011, semua tempahan akan menggunakan kadar harga yang baru seperti di bawah.

Sila rujuk page: Harga Gubahan Hantaran untuk harga pakej gubahan hantaran yang terkini. Harga di post ini sudah tidak diguna pakai lagi. Harap Maklum.

Harga untuk setiap pakej termasuk dengan gubahan (bunga, riben dan sebagainya), bekas-bekas hantaran* ( kayu, silver, kaca dan sebagainya), dan alas polisterin* berserta alas satin* dan juga organza/net*.

Harga untuk satu gubahan hantaran tanpa mengambil pakej adalah RM50 untuk satu gubahan.

Bagi gubahan sirih junjung sahaja, harga yang ditetapkan ialah RM50 dan ke atas, bergantung kepada jenis-jenis bunga yang digunakan.

Bagi mereka yang telah pon membuat pengesahan tempahan dengan Puan Noridah harga yang lama akan dikekalkan untuk anda.

Itu saja yang mahu saya sampaikan buat masa ni… Harap Maklum. Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap Hantaran Kahwin dot Com.

* barang-barang bertanda perlulah dipulangkan semula.

gubahan-hantaran-ungu-songkok