Harga baru untuk Gubahan Hantaran berkuat kuasa 1 February 2011.

Salam untuk semua..

Hari ini saya ada pengumuman yang hendak saya sampaikan mengenai harga pakej-pakej Gubahan Hantaran di Hantaran Kahwin dot Com.

Buat pengetahuan semua bermula dari tarikh 1 February 2011, semua tempahan akan menggunakan kadar harga yang baru seperti di bawah.

Sila rujuk page: Harga Gubahan Hantaran untuk harga pakej gubahan hantaran yang terkini. Harga di post ini sudah tidak diguna pakai lagi. Harap Maklum.

Harga untuk setiap pakej termasuk dengan gubahan (bunga, riben dan sebagainya), bekas-bekas hantaran* ( kayu, silver, kaca dan sebagainya), dan alas polisterin* berserta alas satin* dan juga organza/net*.

Harga untuk satu gubahan hantaran tanpa mengambil pakej adalah RM50 untuk satu gubahan.

Bagi gubahan sirih junjung sahaja, harga yang ditetapkan ialah RM50 dan ke atas, bergantung kepada jenis-jenis bunga yang digunakan.

Bagi mereka yang telah pon membuat pengesahan tempahan dengan Puan Noridah harga yang lama akan dikekalkan untuk anda.

Itu saja yang mahu saya sampaikan buat masa ni… Harap Maklum. Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap Hantaran Kahwin dot Com.

* barang-barang bertanda perlulah dipulangkan semula.

gubahan-hantaran-ungu-songkok

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

23 Comments

  1. the price to pakai bunga biasa kan..how about fresh flower?

    Post a Reply
    • Hi BB,

      Pasal tu harap boleh e-mail atau call puan noridah.. 😀 Sebab fresh flower ni tak boleh buat awal2..so kalau jauh akan jadi masalah…

      Post a Reply
  2. Salam…
    sy nak comment harga…rasanye berpatutan lg…
    kira mampu la…boleh la…tapi kalau lebih dr 7 tu xboleh ke bg diskaun…??
    one more things, nak tye, if i nak tgok contoh hantaran brown + black + gold….ada tak??

    Post a Reply
    • Hi Aliya,

      Bab harga saya tak boleh nak comment.. 😀 tapi boleh tanya dengan mak saya…
      rasanya buat masa ni tak ada lagi yang minta buat combination warna gitu..sbb gubahan yang dibuat hanya jika ada orang minta and depend on ade ke tak barang…

      Kalau Aliya berminat harap boleh call mak saya..Puan Noridah…and berbincang dengan dier… 😀

      Post a Reply
  3. ada kedai x? or buat kat umah je? klu boleh igt nk dtg tgk

    Post a Reply
    • salam zack,

      buat kat rumah jek..kalau nak datang boleh set appointment ngan puan noridah ye..boleh call dier di no 013-3693240

      Post a Reply
  4. Salam Beba,

    Suka lah dengan pakej tu. Kalau lagi murah lagi bagus, hehehe… erm kalau nk wat tempahan untuk dapatkan pakej2 tu, selalunya bila2 ker camne?

    Puan Noridah tu ibu awak ker? nie based kat mana nie? KL ker?

    Post a Reply
    • Salam Naim,

      Nak murah lagi memang tak boleh dah..hehehe..tu pon mak saya tak amik untung sangat pon..

      yup..puan noridah tu mak saya..semuanya dier yang handle..saya cuma tolong tengok2 kat website ni jek..
      kalau nak tempah boleh e-mail or call mak saya..ataupon kalau nak datang bincang f2f pon boleh..just call and set appointment..
      based kat kajang..

      kalau berminat boleh contact mak saya terus.. 😀 semua details ada kat atas page ni..

      Post a Reply
  5. salam. saya tinggal di kajang. saya mahu mik pakej 9 gubahan hantaran itu ya… insyaAllah majlis bulan 2 2012 tahun depan… elok buat persediaan awal… ti saya contact mak awak ya… -fyda & wan

    Post a Reply
  6. salam.. sy nak tanyer, klu amek yg pakej, sume kene pulang balik kan.. if sy xnk gune pakej, sy beli brg2, minta gubah shj berapa??RM50 ke utk 1 dulang??

    Post a Reply
    • salam ridzna,

      yup..almost semua kena pulangkan kecuali bunga and barang2 hantaran 😀
      kalau beli barang tu..selalunya mak saya tak terima..

      thanks..

      Post a Reply
  7. assalam..
    sy nk thu kalu wat tema kombinasi 3 warna cthnya..puple lembut,hitam & putih cam mne gubahan akan tejadi…

    Post a Reply
    • salam lieyza,

      saya pon tak sure..normally puan noridah buat mengikut warna yang di request oleh customer, serasa saya belum ada lagi yang pernah buat warna tu kot.. 😀
      kalau nak maklumat lanjut or nak lihat contoh warna or anything boleh buat appointment dengan pn. noridah..preferable by phone..

      thanks..

      Post a Reply
  8. Saya zura….sya cm berminat gn harga2 9 dulang tu….K nak tnyer lah..
    Mtk tlg gubahkan boleh…sya ada bakul 7….time betunang aritu…cdg nk guna lik…Still cun kan..
    cma utk sirih junjung gn gubahan utk duit mas kawen gn cincin jelah..Agak2 harga baper yek…Saya duduk area kajang gak

    Post a Reply
    • salam zura,

      kalau zura minat nak pakej, semua bekas2 (i.e: bekas silver/bekas kayu putih etc..depend on theme) tu dah termasuk dalam pakej..kecuali dulang pahar (tembaga/plastic warna silver)
      and normally mak saya guna bekas kami yang sedia ada je untuk gubahan..harga pakej memang dah fixed.. 😀

      kalau zura minat boleh la buat appointment dengan puan noridah, boleh tengok antara bekas yang kami ada dan maybe nak tengok kombinasi warna or anything..

      thanks..

      Post a Reply
  9. macam manew lau tempahan luar kajang masih boleh terima x?tempahan tue?

    Post a Reply
    • salam sietie_JB,

      asalkan cik boleh datang ambil gubahan yang telah siap digubah tu boleh saje..sebab ramai jugak yang menempah gubahan hantaran yang buat majlis di penang, johor etc..
      kalau nak maklumat lanjut or nak datang tengok boleh call puan noridah di 013-3693240

      thanks..

      Post a Reply
  10. sy nk tnye, pakej ni untk tahun 2012 skali ke? kedai or tempat kt mn ni ye?

    Post a Reply
    • salam shila untuk harga pakej sila rujuk ke page ni ye: harga gubahan hantaran
      tempat kat kajang, selangor. Kalau nak datang boleh call and buat appointment dengan puan noridah dulu.

      Post a Reply
  11. salam..saya nk tanya tempahan hantaran tu bekas kene pulangkan balik ke?

    Post a Reply
    • salam ieda,

      ha ah..semua bekas kena pulangkan.. 😀 yang boleh amik cuma bunga2 tu..and of course barang2 hantaran tu..

      Post a Reply
  12. Salam..nk tanyer..ada buat gubahan hantaran guna bantal tak?kalau ada berapa harganya?

    Post a Reply
    • salam xai,

      gubahan hantaran guna bantal mak saya takde buat lagi..but tak tau la kalau dia nak buat ke tak..bole tanye dia sendri ye by email or by phone.. 😀

      Post a Reply

Leave a Reply