HantaranKahwin.com kembali menerima panggilan dan tempahan..

Salam semua,

Maaf lambat update tentang ini. Puan Noridah dah pon kembali menerima sebarang pertanyaan dan tempahan samada melalui e-mail atau telefon. Jika nak melihat contoh atau berbincang face-to-face dengan Puan Noridah anda bolehlah setkan appointment dengan Puan Noridah.  😀

Kebelakangan ini macam ramai yang ambil tema Hitam dan Silver. Dalam simpanan saya masih ada lagi contoh2 gubahan Hantaran dari tema Hitam dan Silver ni. Saya akan upload bila masa mengizinkan.. 😀

Maaf kerana tak banyak gambar contoh Gubahan Hantaran yang dibuat oleh Puan Noridah saya uploadkan di sini. Hari tu satu folder penuh dengan gambar2 baru pelbagai tema dah didelete oleh adik saya.

Buat sesiapa yang bertanya untuk bagi contoh gambar dengan tema warna yang tiada di dalam blog ini saya mohon maaf sebab, gubahan hanya dibuat jika ada permintaan. Saya ingat ada yang bertanya tentang gubahan hantaran bertema Hijau dah Putih. Dulu memang ada mak saya buat, cuma gambarnya saja takde..hehe..

Sampai sini saja buat masa ni. Di bawah ni saya tunjukkan satu gambar gubahan hantaran dari tema Hitam dan Silver.

gubahan-hantaran-hitam-silver

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

Leave a Reply