Kami tidak menerima tempahan untuk bulan 10 dan 11..

Salam semua,

Saya ada pengumuman yang nak diberitahu kepada anda-anda yang berminat nak buat tempahan dengan kami.

Pada 12 Oktober ini Puan Noridah akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakah fardhu haji. Jadi bermula dari 12 Oktober dan sepanjang bulan Nov, Puan Noridah tidak boleh menerima sebarang tempahan dan menjawap panggilan telefon. Anda masih boleh menghantar e-mail kepada Puan Noridah tetapi semua e-mail akan dibalas selepas Puan Noridah pulang.

Segala kesulitan amatlah kami kesali. Kepada yang bertunang tu nanti bolehlah menempah gubahan hantaran anda dengan kami untuk Majlis Perkahwinan anda nanti.. 😀

kalau ada masa nanti saya akan update gambar2 hantaran perkahwinan/pertunangan hasil kerja tangan Puan Noridah.

Gubahan Hantaran Purple

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

2 Comments

  1. Salam.. if im not mistake gambar gubahan Al-Quran nie slh 1 drpd hantaran yg Pn. Noridah gubah utk majlis pertunangan saya bulan 6 thun lps. Mmg sgt cntk smue gubahan puan & hrga pun sgt berpatutan. smue org pun suke ngn gubahan hantaran tue (^_^) n the best part is gubahan utk kasut wne kuning tue yg jadi tarikan wlaupn ianya simple.. Sgt berpuas atie ngn layanan n hasil tangan Puan Noridah.. Wish all the best utk puan !

    Post a Reply
  2. Salam Shema,

    Terima kasih 😀 Saya rasa betul la tu kot..hehe..saya ada gambar set gubahan hantaran yang ada kasut kuning tu..hehehe..memang menarik perhatian betul kasut tu…nanti bila ada masa akan saya upload kan jugak.. 😀

    Post a Reply

Leave a Reply