10.10.10

hantarankahwin101010

hari ni tentu ramai yang berkenduri tak pon menikah ataupon bertunang kan..macam dah jadi trend pula di Malaysia ni, orang pilih tarikh2 macam ni untuk majlis-majlis ni kan…orang panggil tarikh cantik..hehe..

takpon ada juga yang pilih tarikh yang ada kenangan kepada mereka..macam tarikh pertama kali berjumpa ke..tak pon tarikh yang senang diingat.. πŸ˜€

tapi untuk tarikh-tarikh begini tentunya kena booking awal kan? kalau tak melepas laa..lagi2 bagi mereka yang mengadakan majlis di dewan2 atau hotel.

macam saya dulu pon rasanya macam cantik juga kot tarikhnya. 04.04.08.. πŸ˜€

update kali ni macam takde info la pula..hehe..sekali sekala takpe la kan..

Apa-apa pon saya ulang balik semula pengumuman mengenai penutupan sementara pengambilan tempahan kerana Puan Noridah akan berangkat ke Tanah Suci dalam masa 2 hari lagi..

Tempahan akan dibuka semula selepas Puan Noridah pulang dan berehat2 sedikit..iaitu dalam pertengahan bulan 12..

Lagi satu peringatan yang ingin saya tekankan disini yang buat masa ini kami di HantaranKahwin.com hanya mengambil tempahan untuk Gubahan Hantaran Perkahwinan dan Pertunangan sahaja…

owh..dah ada juga email yang kami dapat yang bertanyakan tentang gambar contoh gubahan dan ada yang mahu kami e-mailkan gambar2 contoh gubahan hantaran..oleh itu saya nak nyatakan di sini yang semua gambar2 gubahan hantaran yang ada di blog ini adalah hasil kerja tangan Puan Noridah sendiri.

Itu sajalah buat masa ini.. πŸ˜€

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

1 Comment

  1. cadang-cadang nak bertunang, tapi tarikh 11.11.11 mesti da banyak tempat.. so macam na bertunang 14.02.11. merancang jer… harap tuhan mempermudahkan.. tapi kan… cam xbape nak bersedia.. huh.. entah ler..

    Post a Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: