Nak buat duit lebih untuk Perkahwinan anda?

Saya rasa anda semua mesti ada banyak barang-barang lama yang terpakai samada di dalam bilik stor ke atas almari ke atau di bawah katil. Tak kisah lah barang-barang lama tersebut ialah handphone, kasut, aksesori komputer, kasut, baju atau barang-barang terpakai yang lain.

Kalau nak buang sayang, ye tak..Kalau tak mesti dah lama dah semua barang-barang ni masuk dalam tong sampah anda.. πŸ˜€ Nak dapat dulu pon bukannya senang, tapi kalau tak buang pon macam semakkan rumah je pula.

Jadi apa yang kita boleh buat dengan barang-barang terpakai ni? Ni ada satu tips untuk anda semua buat duit sampingan hanya dengan menjual barang-barang lama dan terpakai ni. Dari anda buang dan tak mendapat apa-apa saya cadangkan anda jual saja barang-barang ni. Dapat juga la tambah tabungan untuk Kenduri Kahwin anda nanti.. πŸ˜€

Anda tak perlu bersusah payah cari pembeli. Mereka yang akan mencari anda.

Apa yang perlu anda buat?

Iklankan saja barang-barang anda di Mudah.my.

Mudah je bukan. Semudah nama laman web itu. Anda tak perlu mendaftar pon untuk membuat iklan di Mudah.my.

Tapi walaupon mudah anda perlu juga tahu sedikit sebanyak selok belok pengiklanan di Mudah.my ni supaya iklan anda lebih menarik dan yang penting sekali dapat menukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli dengan serta merta. πŸ˜€

Saya sarankan anda dapatkan Panduan buat duit di Mudah.my yang telah dihasilkan oleh Raja Kamil. Dari panduan dia ni anda boleh belajar:

  • 5 cara untuk buat duit di mudah.my
  • 2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
  • 8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta
  • danΒ  beberapa tips and tricks lagi untuk memudahkan anda menjual barang-barang anda di Mudah.my

Cara-cara yang disebut oleh kawan saya ni memang dari pengalaman dia sendiri. Dia telah berjaya menjual motor lama (dah lama terbengkalai dalam garaj dah..) yang dibeli dari ayah pada harga RM5000 dengan harga RM13000 hanya dengan mengiklankan di mudah.my selama 2 hari. Untung betul kan? Suami saya ada juga motor lama yang dia tak pakai. Mungkin boleh jual juga ni. Untung-untung dapat la buat top up dia nak beli motor baru tu… πŸ˜€ (Sekarang ni sibuk mencari motor jenis apa yang dia nak beli..pening saya layan kerenah dia ni. Orang lelaki ini kalau minat sesuatu tu kadang-kadang jadi macam budak-budak pon ada.. :p)

Saya sendiri pon nak cuba iklankan kedai online saya dengan menggunakan Mudah.my. Saya ada juga buat bisnes kecil-kecilan menjual Aksesori Mutiara dan Kristal dari Sabah. Datang la tengok-tengok. Mana tau kalau ada yang berkenan. πŸ˜€

p/s: Dengar cerita panduan ni akan dinaikkan harganya tak lama lagi. Kalau berminat cepat-cepat la dapatkan ye..rugi nanti.

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

Leave a Reply

%d bloggers like this: