Salam kepada semua pembaca dan pelawat laman Hantaran Kahwin,
Terima kasih atas sokongan anda semua sehingga kami dapat bertahan hingga kini. Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada anda semua. Semoga tahun baru 2010 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2009 yang telah pon kita tinggalkan. Saya berharap tahun ini saya akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada laman Hantaran Kahwin ini, dan menyajikan banyak lagi post-post yang menarik dan dapat membantu bakal-bakal pengantin.
Sempena tahun baru ini saya mahu mengumumkan bahawa kami telah mengkaji semula harga pakej gubahan hantaran perkahwinan dan pertunangan sedia ada, dan kami ada berita baik untuk anda. Harga bagi pakej-pakej gubahan hantaran kami telah diturunkan kepada harga yang lebih rendah dan berpatutan, tapi jangan risau, kami tetap memberikan servis dan gaya gubahan yang terbaik, tercantik, terunik untuk anda, bakal-bakal pengantin semua.
Harga baru adalah seperti berikut:
- Pakej 7 dulang gubahan hantaran: RM 280
- Pakej 9 dulang gubahan hantaran: RM 350
*Pakej termasuk dengan alas polisterin, organza dan satin (perlu dipulangkan semula).
- Sirih junjung sahaja: RM 40 ke atas (Harga bergantung kepada jenis-jenis bunga yang dipilih).
- Sewa dulang: RM 5 untuk 1 dulang.
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang soalan berkenaan dengan gubahan hantaran anda boleh gunakan borang “Contact Us” atau hantarkan e-mail kepada noridah.bahari[.at.]hantarankahwin[.dot.]com atau hubungi Puan Noridah di 013-3693240.
* ubah [.at.] dan [.dot.] kepada ‘@’ dan ‘.’
Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada anda dan kepada semua yang akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini..Tahniah saya ucapkan. Jangan bertangguh ya dalam persiapan majlis perkahwinan anda ini, takut-takut haru jadinya..hehehe..
Tentang Gubahan Hantaran anda.., tu tak perlu risau, jika anda menggunakan khidmat kami, semuanya beres, kami akan memberikan gubahan hantaran yang terbaik, tercantik dan terunik untuk anda. Harga pon sangatlah berpatutan..
Salam untuk semua,
Selamat Datang ke hantaranKahwin.com
Bekas Hantaran Besi untuk Disewa






July 20th, 2010

O comments at "Selamat Tahun Baru – Harga Baru; Lebih Berpatutan.."
Comment Now!