Maskahwin - BungaMesti semua orang dah terbaca atau dengar berita tentang hal ni kan..bermula tahun depan mas kahwin bagi dara dan janda di Selangor dah dinaikkan ke RM300 daripada RM80 untuk dara dan RM40 untuk janda sebelum ni yang tidak pernah dikaji semula sejak ia ditetapkan pada tahun 1968. Kadar baru dan sama rata bagi  wanita yang berstatus dara atau janda ditetapkan semula mengikut perkembangan semasa.

Anda boleh baca cerita penuh di sini.

Apa pendapat anda semua dengan kenaikan mahar bagi negeri Selangor ini?

Rasanya macam tinggi ataupon sedang elok ke, masih rendah ke….

Mahar atau mas kahwin ni berbeza dengan wang hantaran kerana ianya ialah pemberian wajib.

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4.

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Wang Hantaran pula tidaklah wajib dan nilainya ditentukan oleh keluarga pihak Pengantin Perempuan itu sendiri. Rasanya pada zaman sekarang ni secara puratanya wang hantaran adalah dalam lingkungan RM 8000 – RM 10,000.  Saya pon tak berapa pasti tapi nilai wang hantaran ni sepertinya bergantung kepada keadaan keluarga pihak perempuan (i.e: kaya, berada), tahap pelajaran seorang perempuan itu (i.e: diploma, ijazah, luar negara, dalam negara..etc) dan juga status pekerjaan. Bagaimana pendapat anda? Adakah anda rasa yang nilai wang hantaran itu bergantung kepada faktor-faktor yang saya sebut?

Walaubagaimana pon, dalam meletakkan nilai wang hantaran, saya rasa perlu juga dipertimbangkan kedudukan kewangan pengantin lelaki. Janganlah sampai terlalu tinggi sehingga membebankan pula.

———————————————————-

Jika anda adalah bakal pengantin dan mahu mengetahui selok -belok pengurusan wang, apa kata anda  baca  Mas Kahwin yang Hilang. Banyak nasihat dan tips bagaimana cara yang terbaik untuk anda menguruskan wang anda menjelang hari bahagia.

Sharing is Caring :D
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • BlinkList
  • FriendFeed
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Netvibes
  • Propeller
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Suggest to Techmeme via Twitter
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

No related posts found