Dah lama saya tak update blog hantaran kahwin ni..agak sibuk dengan kerja-kerja harian ![]()
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana anda boleh buat sendiri Bunga Tangan untuk Majlis Perkahwinan anda.
Di bawah ni ada video yang terbahagi kepada 2 bahagian bagaimana untuk membuat bunga tangan yang ringkas dengan menggunakan bunga ros.
Setelah melihat video-video di atas sudah tentu anda boleh membuat bunga tangan anda sendiri buat majlis perkahwinan anda bukan. Ringkas saja cara membuatnya. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membuatnya sendiri, mintalah pertolongan dari kawan atau saudara-mara untuk membuatnya. Bunga tangan ini boleh dibuat samada pada malam sebelum Majlis Perkahwinan anda ataupon di pagi Hari Perkahwinan.
Jika anda membuatnya sehari sebelum tentu anda mahu tahu bagaimana cara penyimpanan yang betul supaya bunga tangan anda tetap segar di esok hari bukan. Video di bawah ada menunjukkan sedikit nasihat untuk memastikan kesegaran bunga tangan anda.
Cara-cara yang ditunjukkan di atas boleh dijadikan sebagai asas bagaimana untuk anda membuat sendiri bunga tangan Majlis Perkahwinan anda. Anda boleh menukar jenis bunga atau pon menambah kombinasi bunga-bunga lain dan dedaunan untuk menjadikan bunga tangan anda lebih menarik.
Di bawah adalah antara contoh-contoh bunga tangan yang menarik yang boleh anda jadikan rujukan:



Anda mungkin berminat dengan posts ini:
- Cenderahati untuk Tetamu..
Bercerita mengenai cenderahati untuk tetamu ini, banyak yang dapat dibuat sebagai cenderahati. Sebagai contoh, masa saya berkahwin dulu ( setahun yang lepas..tak lah lama sangatkan? bole diguna pakai lagi..:p) setiap seorang tetamu dewasa sepatutnya akan dapat 1 bunga telur dan 1 beg kertas yang mengandungi sapu tangan dan bahulu. Saya pernah pergi ke perkahwinan rakan [...]... - Hadiah Istimewa untuk yang Tersayang.
Saya cuma mahu berkongsi dengan anda tentang satu website menarik yang saya terjumpa semasa saya sedang cuba untuk mencari hadiah buat suami saya. Suami saya simple je orangnya dalam bergaya ni, T-Shirt dan jeans. Jadi saya terfikir untuk memberi suami saya sehelai T-shirt sahaja tetapi untuk membuatkan t-shirt itu lagi bagus dan unik ialah dengan memberinya [...]...









Komen Terkini..