
Kad Kahwin Siri Carnation : CR-Light Blue
Baru-baru ini saya mendapat comment dari Cik As yang mencadangkan laman web hot kad kahwin bagi mereka-mereka yang mahukan kad kahwin yang murah. Saya telah pon melihat laman web tersebut dan design-design kad kahwin yang mereka sediakan. hot kad kahwin beroperasi sepenuhnya online. Semua urusan dijalankan online di laman web mereka dan e-mail. Jika anda tak puas dengan hanya melihat gambar-gambar design kad kahwin yang di sediakan anda boleh mendapatkan sample kad kahwin dari team hot kad kahwin dengan bayaran RM5. Mereka akan mengepos 3 kad pilihan anda dan beberapa sample lain untuk anda lihat sendiri.
Team hot kad kahwin telah memberikan 6 sebab kenapa anda patut menempah kad perkahwinan dengan mereka:
- Harga yang ditawarkan berpatutan dan murah berbanding harga pasaran.
- Artwork / design adalah PERCUMA.
- Buat 2 pihak dalam satu kad adalah PERCUMA.
- Letak gambar pada kad adalah PERCUMA.
- Kos penghantaran hanya RM15 tanpa mengira kuantiti kad dan lokasi tempat tinggal anda. (khas untuk Semenanjung Malaysia sahaja).
- Berpeluang menjana pendapatan lumayan daripada mereka dengan menyertai program affiliate mereka.

Kad Jasmine - 08 A2
Pada pendapat saya, design-design yang ditawarkan oleh hot kad kahwin ni ’simple’ dan pilihan yang disediakan agak terhad.
Dari segi harga pula, untuk kad Siri Carnation yang datang dalam 7 warna berharga RM0.50 untuk 1000 keping. Bagi Kad Jasmine pula harganya ialah RM0.65 untuk 1000 keping kad dan kad untuk Siri Hibiscus pula ialah RM0.56 untuk 1000 keping kad.
Selain dari 3 Siri Kad Kahwin yang saya nyatakan tadi, terdapat 3 lagi Siri Kad Kahwin iaitu Kad Lantana, Kad Daisy dan Kad Magnolia. Harga bagi kad-kad ini adalah di antara RM0.50-RM0.71 untuk 1000 keping kad.

Kad Hibiscus - HB-Green
Untuk anda yang mahukan design yang simple dan harga yang rendah untuk Kad Kahwin anda, hot kad kahwin adalah antara yang sesuai untuk anda.
Selain dari Kad kahwin, team hot kad kahwin juga menawarkan bunting, banner, sampul bercetak dan kotak cenderahati.
Untuk keterangan yang lebih lanjut anda bolehlah layari laman web hot kad kahwin di sini.
Anda mungkin berminat dengan posts ini:
- Kad Kahwin Zaman Moden…
Saya nak kongsi satu perkhidmatan Kad Kahwin yang saya terjumpa semasa melayari internet ni. Saya rasa walaupon mengikut kata tuan punya perkhidmatan ini, kad kahwin tapi saya rasa lebih kurang sama saja dengan laman web perkahwinan. Macam saya dulu pon ade jugak laman web perkahwinan ni..kat bawah ni screenshot laman web perkahwinan saya dulu..kalau nak tengok [...]... - Koleksi kad kahwin dari Kanda & Dinda wedding cards
Sekarang ni sudah banyak company yang menawarkan perkhidmatan cetakan kad kahwin ada website mereka sendiri untuk menunjukkan contoh-contoh design mereka. Untuk kali ni saya nak highlightkan koleksi dari Kanda & Dinda wedding cards. Sebelum ini saya pernah menggunakan perkhidmatan mereka jadi saya mulakan dengan mereka dulu..:D. Kalau nak tengok kad kahwin saya dulu bolehlah tengok [...]...









Kalau saya dari luar negri dpt tak ordr..? N cmana dgn hantaran ke brunei?
hi alias..sila klik di sini untuk ke laman web hot kad kahwin..anda bole dapatkan maklumat di sana. Kami di hantarankahwin.com tiada apa-apa kaitan dengan hot kad kahwin.
SAYA NAK TEMPAH BANNER UTK BUAT MAJLIS HARI JADI ANAK DAN UTK ADIK NAK KAWIN.MCM MN EK….X FHM LA NAK ISI MACAM MANE
Salam Mieza,
Klik kat sini.
Di situ nanti Mieza boleh hubungi mereka yang berkenaan.