Saya nak kongsi satu perkhidmatan Kad Kahwin yang saya terjumpa semasa melayari internet ni. Saya rasa walaupon mengikut kata tuan punya perkhidmatan ini, kad kahwin tapi saya rasa lebih kurang sama saja dengan laman web perkahwinan.
Macam saya dulu pon ade jugak laman web perkahwinan ni..kat bawah ni screenshot laman web perkahwinan saya dulu..kalau nak tengok yang live boleh tengok kat sini..:D

Laman Web Perkahwinan
Saya yang buat sendiri..konsep saya ‘simple and sweet‘..kalau ada sesiapa berminat nak laman web perkahwinan anda sendiri, saya boleh tolong buatkan, tapi dengan sedikit bayaran la ye..heheh..:D Boleh hantarkan e-mail kepada saya di habibah.ismail[at]hantarankahwin[dot]com.
Owh..berbalik kepada laman web Kad Kahwin2U yang saya ceritakan sebentar tadi. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari laman web mereka.
“Kad Kahwin2U adalah platform untuk memudahkan anda menjemput ahli keluarga dan sahabat handai anda untuk ke majlis perkahwinan anda.”
“Di alam cyber yang penuh canggih ini, kita lebih menyimpan alamat email mereka. Jadi dengan kewujudan kad kahwin online ini adalah lebih mudah dan menjimatkan kos anda dengan hanya email kepada mereka url kad kahwin online anda dan semua informasi tentang majlis perkahwinan anda ada tersimpan dalam kad kahwin online anda. Ataupun anda hanya menggunakan laman web social networking yang popular seperti facebook, friendster, myspace, tagged, blog dan sebagainya.”
Harga yang mereka tawarkan untuk Kad Kahwin Online ini adalah RM100 untuk pre-made template. Maksudnya Kad Kahwin Online anda akan sama dengan ramai lagi pasangan lain. Jika anda inginkan design yang unik hanya untuk anda dan pasangan bayaran yang di kenakan adalah RM200. Kalau anda mahu melihat contoh-contoh design mereka anda bolehlah melawat ke laman web mereka di sini..
Pada pendapat saya, Kad Kahwin Online ini adalah sebagai tambahan sahaja. Kalau orang-orang lama, saudara mara kita ni takkan la kita nak suruh mereka buka laman web pula untuk tengok jemputan dan dari apa yang saya lihat, walaupon kita sudah menjemput dengan email, friendster atau blog, nanti mesti mereka-mereka pasti akan bertanya “Bila kad nya nak sampai?”.
Walau macam mana canggih pon sekarang ni saya rasa kad kahwin yang di pos tu lebih memberi impak dalam jemputan kita tu.
Apa-apa pon semuanya bergantung kepada anda sendiri juga kan? Apa pendapat anda? Kongsikan dengan saya ya..:D











February 23rd, 2012
1 Comment at "Kad Kahwin Zaman Moden…"
PEWITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
Comment Now!