Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada anda semua. Hari ini sudah masuk hari ke-9 kita menjalankan ibadah berpuasa ni. Marilah kita menambah amal ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tak lupa juga hari esok merupakan Hari Kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ni buat kali ke-52. Bersama-sama kita berdoa agar negara kita akan sentiasa aman tenteram dan berkekalan la hendaknya.

Contoh kad raya digital..
Sempena menjelang Aidilfitri ni mesti anda sudah mula untuk menghantar kad raya kepada keluarga dan kawan-kawan kan? Sejak beberapa tahun kebelakangan ni memang sudah menjadi kebiasaan kepada kita hanya menghantar sms, mms atau pon e-mail sahaja kepada kawan-kawan kita untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Apa kata tahun ini kita berikan kad raya digital yang comel-comel dan cun dengan ayat-ayat yang menarik kepada mereka.
Terdapat 100 design kad raya digital yang berbeza dan sangat cantik yang boleh anda hantar melalui mms dan e-mail kepada kawan-kawan dan keluarga. Jika anda mahu pos kad raya ini pon boleh. 3 saiz yang berlainan telah disediakan dan masing-masing sesuai untuk mms, e-mail dan cetakan. Lagipon murah je, bayangkan anda beli satu kad raya dengan harga 20sen sahaja. Macam kata Amy Search..”Berbaloi-baloi!!”
Tapi harga ni cuma sampai 15 Ramadhan je. Lepas ni harga akan meningkat ke RM30. Tapi masih murah kan?

Contoh kad raya digital
Saya cadangkan anda lihat sendiri di laman web mereka di sini.
Dalam kesempatan ni saya memohon kemaafan kepada anda semua sepanjang yang berbloging ni.
Semoga segala yang baik dapat dijadikan tauladan manakala yang tidak baik dijadikan sempadan.
Salam Ramadhan, Salam Merdeka dan Salam Aidilfitri….








December 21st, 2011
O comments at "Salam Ramadhan untuk semua.."
Comment Now!