Hadiah Istimewa untuk yang Tersayang.

Saya cuma mahu berkongsi dengan anda tentang satu website menarik yang saya terjumpa semasa saya sedang cuba untuk mencari hadiah buat suami saya. Suami saya simple je orangnya dalam bergaya ni, T-Shirt dan jeans. Jadi saya terfikir untuk memberi suami saya sehelai T-shirt sahaja tetapi untuk membuatkan t-shirt itu lagi bagus dan unik ialah
dengan memberinya t-shirt yang tak ada orang lain pon ada. Istimewa untuk dia seorang je :). Saya bercadang nak buatkan design sendiri untuk dicetak di atas t-shirt tu. Nak buat design tak ada masalah bagi saya tapi…macam mana pula saya nak cetak design saya tu di t-shirt tu?

Jadi selepas saya dah bertanya dengan En. Google beberapa kali, akhirnya saya terjumpa satu website ni iaitu HeartBeat.my, dan yang berita baiknya ialah HeartBeat.my ada menawarkan apa yang saya sedang cari-cari. ‘Personalized T-shirt‘ 😀 yeay! Terima kasih En. Google!

Setelah saya tengok-tengok website ini, saya rasa tak susah pon kalau nak order dengan HeartBeat.my ni. Untuk Photo Tee (yang saya nak buat tu) cuma upload gambar atau design yang kita dah buat kepada HeartBeat.my. Jika nak ditambahkan perkataan pon boleh juga, tapi maksimum 25 abjad sahaja. Kemudian kita pilih saiz t-shirt yang kita mahukan, samada XS, S, M, L atau XL. Masukkan jumlah berapa helai t-shirt yang kita mahu tempah dan
kemudian tekan button ‘Add to Cart’. Lepas tu seperti biasa ‘checkout’ dan buat bayaran lah ye..:p

Jika untuk jenis t-shirt yang lain seperti Message Tee, I *Heart* Tee, dan Horoscope Tee, kita cuma perlu pilih salah satu daripada templates yang telah pun disediakan oleh HeartBeat.my dan taipkan perkataan yang nak kita cetak di atas t-shirt tu di ‘text box’ yang disediakan.

Antara t-shirt yang ada di HearBeat.my

Antara t-shirt yang ada di HearBeat.my

Apa yang bagusnya di HeartBeat.my ni, walaupon anda tak berapa pandai nak design-design ni, HeartBeat.my akan designkan untuk anda berdasarkan gambar dan perkataan yang anda nyatakan semasa membuat pesanan tu. Draft untuk design anda akan disiapkan dalam masa 24 jam selepas pembayaran anda disahkan.

Selain daripada t-shirt, HeartBeat.my turut mem’personalized’ mug, cushion, mini tee, mousepad, car sign dan banyak lagi. Anda boleh check kat sini.

Personalized Car Sign

Personalized Car Sign

Lagi satu yang saya rasa menarik ialah ‘car sign’. Biasanya kita dapat lihat car sign dengan ayat-ayat yang menarik. Apa kata kita buat ayat-ayat menarik kita sendiri pula. Saya paling tertarik dengan car sign ala-ala ‘Baby on Board’ tu. Sangat unik apabila gambar anak kita sendiri berada di car sign itu dan kita juga boleh letakkan nama anak kita juga kalau mahu. Mungkin saya akan beli car sign ini tak lama lagi..:D

Saya rasa hadiah yang di’personalized’ ni memang terbaik la. Unik dan ada sentuhan kreativiti kita sendiri (kalau kita design sendiri la). Lagipun saya rasa tak semestinya kita jadikan sebagai hadiah saja, kita juga boleh buatkan sesuatu untuk diri kita sendiri.

Macam-macam yang boleh kita buat untuk personalized hadiah anda. Katakan anda ada kawan yang memang meminati Hiro Nakamura dari cerita Heroes. Anda boleh membuat satu Car Sign atau t-shirt dengan perkataan ‘Kipas susah mati Hiro Nakamura!!’ dan letakkan satu gambar Hiro. 😀 Baguskan? hehehe..

HeartBeat.my juga menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak sekiranya anda berminat untuk membuat sesuatu yang istimewa dan unik sebagai cenderahati bagi majlis perkahwinan anda.

Kalau anda berminat untuk membuat sesuatu tak kisahlah untuk orang tersayang atau pon diri anda sendiri bolehlah lawati laman web heartBeat.my.

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

4 Comments

  1. sangat menarik idea tu. sbb saya sendiri selalu mengalami masalah nk mencari hadiah. lebih2 lagi untuk suami. untuk wanita melambak2..harap2 dgn maklumat ini, saya dpt apa yg saya nak. terima kasih!

    Post a Reply
    • salam linda,
      sama-sama. saya dah pernah menggunakan servis ni..maybe nanti saya akan buat satu entry mengenai ini. 😀

      Post a Reply
  2. Mmg best la idea ni.. saya pun tengah mencari-cari idea untuk hadiahkan suami. Terima kasih byk for that info… 😉

    Post a Reply
    • salam qaiaish,

      hehe..sama2 kasih..orang kata sharing is caring..

      Post a Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: