Gubahan Hantaran in Pink and Silver-Sirih Junjung

Gubahan Hantaran in Pink and Silver-Sirih Junjung

Kali saya nak kongsi tentang apa yang korang perlu pertimbangkan untuk Hantaran ni.

Pertama sekali korang perlu buat keputusan samada korang mahu buat sendiri Gubahan Hantaran ini atau pon hantarkan kepada Pakar-pakar Gubahan Hantaran seperti mak saya..hehe..:D
Kalau korang nak buat sendiri tak ada masalahlah untuk mencari pembuat Gubahan Hantaran ni tapi korang kenalah bersedia untuk ke sana ke sini mencari segala bahan-bahan yang diperlukan dari bakul-bakul, bekas kaca, samada korang nak pakai base politerin atas tidak, bunga-bunga dan sebagainya (dan korang mungkin membeli lebih dari yang sepatutnya dan yang lebihan tu semua kemungkinan akan menjadi tukun di sudut rumah korang..:p) untuk membuat Gubahan Hantaran korang tu dan memeningkan kepala untuk memikirkan Gubahan Hantaran yang bagaimana sesuai untuk setiap barang-barang yang korang beli sebagai barang-barang hantaran tu. Kalau rasa-rasa korang malas nak fikirkan tentang semua tu..ha..serahkan saja pada yang pakar. :D Di sidebar tu ade segala informasi bagaimana nak berhubung dengan mak saya. (Untuk yang tinggal berdekatan Kajang saja ye..)

Di bawah ini ialah soalan-soalan yang patut korang tanyakan pada diri korang sendiri;saya akan memberi pendapat ataupon saranan saya bagi setiap persoalan.

Berapakah jumlah Hantaran yang korang mahu berikan?

Dalam adat Melayu kita, biasanya Hantaran bagi Perkahwinan atau Pertunangan diberi dalam nombor yang Ganjil dan Hantaran dari pihak perempuan adalah lebih sedikit dari pihak lelaki. Sebagai contoh:
Hantaran Perkahwinan dari pihak lelaki : 7 dulang.
Hantaran Perkahwinin dari pihak perempuan : 9 dulang.

Berapa budget yang dapat korang peruntukkan untuk Gubahan Hantaran ini?

Ini penting supaya lebih senang korang nak berbincang dengan penggubah Hantaran korang atau pon bagi yang mahu membuat sendiri Gubahan Hantaran Korang, bolehlah korang buat senarai untuk bahan-bahan yang nak digunakan nanti. Pastikan anda hanya beli apa yang benar-benar perlu sahaja, jangan pula anda beli macam-macam nanti jadinya lebih mahal pulak kos bahan-bahan korang tu daripada harga gubahan siap dari penggubah Hantaran.

Apakah warna tema bagi Gubahan Hantaran korang?

Gubahan Tunang in Gold and Maroon - Bekas Cincin

Gubahan Tunang in Gold and Maroon - Bekas Cincin

Sekarang ini sudah banyak warna-warna yang boleh anda pilih. Warna-warna lembut, warna-warna garang, ada juga yang mahukan kelainan memilih warna Hitam sebagai tema majlis mereka, tapi pada pendapat persendirian saya ( jangan marah ye..) warna hitam ini tidak selalu menggambarkan kegembiraan, kemeriahan dan kebahagiaan tapi adalah sebaliknya. Berbalik pada tema.

Gubahan Hantaran ini biasanya akan dibawa ketika Majlis Persandingan di Rumah Pengantin Perempuan sahaja jadi tema Gubahan Hantaran untuk Pengantin Perempuan sebaiknya sedondon dengan warna tema hiasan bagi Majlis Perkahwinan atau Majlis Pertunangan itu. Katakan warna tema untuk Majlis Perkahwinan pengantin perempuan ialah warna hijau dan putih, jadi sebaiknya warna Gubahan Hantaran korang pon warna hijau dan putihlah. Untuk Gubahan Hantaran bagi pihak Lelaki pula, anda boleh gunakan warna tema sedondon dengan majlis di rumah Pengantin Lelaki pula tapi rasanya tiada halangan untuk korang memilih apa-apa tema warna pon kerana Gubahan Hantaran ini akan selesai tugasnya pada malam itu juga..:p segala coklat atau kek dan gula-gula itu nanti akan menjadi habuan sanak saudara dan keluarga korang…

Dulang Hantaran dan Alas sewa, pinjam atau beli?

Dulang ini sekiranya korang menggunakan khidmat pembuat Gubahan Hantaran biasanya semuanya termasuk dengan sewaan Dulang Hantaran dan alasnya sekali.
Sekarang ini terdapat banyak jenis Dulang Hantaran, ada Dulang Tembaga, Dulang Plastik berwarna silver, atau dulang silver dan bermacam-macam lagi. Bergantung kepada jenis Gubahan yang korang mahukan dan apa yang disediakan oleh pembuat Gubahan Hantaran itu, harganya juga berbeza-beza bagi setiap jenis dulang dan alas.
Jika korang membuat keputusan untuk membuat Gubahan Hantaran sendiri, dulang-dulang ini anda bolehlah samada mahu menyewanya dari pembuat Gubahan Hantaran, ataupon saudara-mara korang ada dulang-dulang ni bolehlah korang pinjam, jika tidak korang juga boleh membeli sendiri dulang-dulang ini. Tetapi kecuali jika anda mempunyai adik-beradik yang ramai lagi yang masih belum berkahwin atau anda sendiri mahu menyewakan dulang-dulang itu saya sarankan lebih baiklah dulang-dulang ini dipinjam atau disewa sahaja.

Korang dah ada senarai barang-barang hantaran yang nak diberi?

Telekung : Hantaran in Pink

Telekung : Hantaran in Pink

Ini adalah salah satu langkah yang penting. Senaraikan segala apa barang-barang yang korang hendak jadikan hantaran tu. Senarai ni penting supaya tak terlebih beli pula nanti. Sebagai contoh saya berikan senarai Barang Hantaran bagi Majlis Perkahwinan saya dahulu.

Hantaran bagi Pihak Pengantin Perempuan:
1.Kek
2.Muffin
3.Sirih Junjung
4.Sejadah
5.Camera
6.Al-Quran
7.Perfume & Jam Tangan
8.Buah-buahan
9.Shirt dan Slack
10. Coklat Strawberi
11. Coklat

Hantaran bagi Pihak Pengantin Lelaki:
1.Kek
2.Sirih Junjung
3.Al-Quran
4.Handbag dan Sandal
5.Set Make-up
6.Buah-buahan
7.Sejadah
8.Telekung
9.Mas Kahwin dan 2 bentuk Cincin (Cincin lelaki dan perempuan..)

Ada juga di sesetengah tempat yang saudara-mara selalu rajin nak sponsor barang-barang hantaran ni, selalunya makanan kalau tak silap saya. Kalau macam tu bawa-bawalah berbincang samada yang disponsor tu nak dimasukkan sekali ke dalam hantaran itu ataupon apa salahnya kalau dijamukan saja pada keluarga atau tetamu di dalam rumah. Dah asalnya makanan tu untuk dimakan jugakan?

Untuk idea Barang-barang yang lain yang boleh dibuat Hantaran bolehlah rujuk di sini.

Barang-barang untuk hantaran ini anda mahu beli bersama atau pon nak buat kejutan untuk pasangan anda, atau nak pergi beli dengan bakal mak mentua??

Masa yang paling sesuai untuk membeli barang-barang hantaran

Masa yang paling sesuai untuk membeli barang-barang hantaran

Jadi segala barang hantaran ini nanti korang nak pergi beli dengan pasangan korang ke atau pon beli asing-asing buat ‘surprise’ lah katakan..:D Mungkin ada juga yang pergi dengan bakal Mak Mentua? Kiranya ‘bonding time’ lah ni. Saya dulu lebih suka pergi beli bersama dengan pasangan saya. Pilih sendiri dengan kata lainnya. Pada saya tak perlulah nak ‘surprise’ ni, silap-silap nanti kita tak berkenan pulak dengan barang tu. Sia-sia saja barang tu nanti masuk dalam almari tak keluar-keluar dah..kan rugi.

Kalau nak tahu masa yang sesuai untuk membeli barang hantaran ni bolehlah rujuk ke post saya sebelum ni di sini.

Jika ada apa-apa lagi yang saya tertinggal, mungkin korang juga ada tips-tips yang saya tidak nyatakan di sini ataupun jika ada sesuatu yang korang mahu suarakan silalah tinggalkan komen anda di bawah ini ye…:D

Be Sociable, Share!