MarryMe deco ‘n’ such

Sesuai untuk kek atau muffin

Sesuai untuk kek atau muffin

Kami (hantaran kahwin) tidak mempunyai hubung kait dengan produk-produk ini. Sila hubungi MarryMe deco untuk sebarang maklumat lanjut. Di akhir post ini ada maklumat bagaimana untuk menghubungi pihak MarryMe. Sebarang e-mail yang dihantar kepada kami mengenai produk-produk MarryMe tidak akan dilayan.

MarryMe deco ‘n’ such menawarkan pelbagai jenis kotak, bekas dan perkhidmatan yang menarik dan unik yang boleh  dijadikan cenderahati untuk tetamu yang datang.

Gambar di sebelah kanan ini ialah salah satu daripada kotak-kotak yang ditawarkan oleh mereka. Kotak ini sememangnya sesuai jika anda mahu memberi muffin atau cupcake sebagai cenderahati kepada tetamu di majlis impian anda. Kotak ini dijual pada harga RM 1.30 bagi minimum 100 set, RM 1.20 untuk 500 set atau pon RM 1.10 untuk 1000 set.

Kotak ini mempunyai lubang di atas yang ditutup dengan plastic pvc lutsinar (supaya tetamu boleh intai-intai apa yang dia dapat..:D). Tapi riben yang comel itu tidak termasuk dalam harga yang diberi ya..

Tux 'n' Gown

Tux 'n' Gown

Lagi satu, apa yang menarik perhatian saya ialah kotak ‘Tux and Gown‘. Memang nampak unik dan harganya cuma RM1.30 untuk sepasang.

Kotak ini sesuai untuk di letakkan gula-gula atau pon coklat. Mungkin kurma juga boleh atau apa-apa yang saiz lebih kurang macam itu.

MarryMe deco ‘n’ such juga menawarkan bekas-bekas lain seperti bekas mengkuang, bekas lilin, bekas telur dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat untuk memberi tetamu anda ‘Personalized Notepad’ bolehlah berurusan dengan mereka. Selain itu mereka juga menawarkan khidmat mencetak kad kahwin serta tag dan pelekat ‘terima kasih’.

Anda boleh melawat sendiri ke web MarryMe deco ‘n’ such untuk maklumat yang lebih terperinci.

Kotak-kotak cenderahati

Kotak-kotak cenderahati

——————————————————————————

Kemaskini pada 01.09.2009

Sudah agak banyak E-mail saya terima bertanyakan mengenai kotak-kotak cenderahati ni, dan saya nak nyatakan di sini yang kami di hantarankahwin.com tiada kaitan dengan MarryMe. Jadi saya berharap supaya anda tidak lagi menghantar e-mail kepada kami bertanyakan harga dan sebagainya.

Maklumat untuk berhubung dengan MarryMe adalah seperti di bawah:

Nombor HP: 019-394 2295 (Dalila)

YM!: m4rryme

E-mail: marryme2u[at]yahoo[dot]com

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

7 Comments

  1. Agak banyak kali juga kami menerima e-mail yang bertanyakan harga untuk kotak cenderahati ini.

    Buat pengetahuan anda semua kami tidak mempunyai kaitan dengan kotak cenderahati ni…kalau ada apa-apa pertanyaan tentang harga dan lain-lain sila pergi ke laman web rasmi MarryMe deco ‘n’ such.
    .-= beba´s last blog post ..Gubahan Hantaran 101 =-.

    Post a Reply
  2. akum mcm mane sy nak hubungi pembuat kotak gift…

    Post a Reply
  3. saya nak tau price yg kek dlam box 2 skali price tau len price?

    Post a Reply
    • salam leeya,

      harga tidak termasuk kek..hanya kotak..untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak marryme..

      Post a Reply
  4. Salam..
    Kak, nk ty…
    akak ader x sediakan pakej goodies…
    means beg + cenderahati skali…
    Klu ader, leh tlg bg quotation x?

    Tel: 0192692918

    Post a Reply
    • Salam Ifah,

      Buat masa ni takde..kalau minat ngan cenderahati from MarryMe tu bule la contact diorang ek.. 😀 Thanks..

      Post a Reply

Leave a Reply