Mega Sale 2009Saya rasa semua orang pon tahu yang negara kita Malaysia ni memang tak putus-putus dengan pelbagai ‘SALE‘. Menjelang tahun baru kita ade New Year Sale, lepas tu Chinese New Year Sale, Hari Raya Sale dan banyak lagi la kalau nak di listkan..:D Semua perayaan yang kita sambut mesti akan ada Special Sale untuk tu. Ditambah lagi dengan Member’s day sale..ha..memang sale sepanjang tahun! :p

Lupa pula saya nak sebut pasal MEGA SALE..hehe..untuk tahun ni Mega Sale ni akan di adakan dari 4 Jul-31 Aug 09! Saya dapat info mengenai Mega Sale itu di sini. Pada pendapat saya, masa SALE ni lah masa yang paling sesuai untuk membeli barang-barang hantaran ini. Dari pengalaman saya sendiri banyak yang dapat saya jimat dengan membeli di waktu SALE ni dan hasil dari penjimatan ini boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan lain seperti Photography ke, Canopy ke..

Lagi satu sebaiknya barang-barang hantaran (selain daripada makanan dan yang sewaktu dengannya) ini hendaklah di beli seawal yang boleh supaya tidak kelam-kabut nanti kalau last minit baru nak tercari-cari. Ye lah, nak buat persediaan untuk perkahwinan ini bukannya sedikit yang nak difikirkan, macam-macam yang perlu disurvey, ditempah dan sebagainya.:D

Anda sudah boleh mula untuk membeli barang-barang ini sebaik saja anda telah menetapkan tarikh perkahwinan anda..kalau lagi setahun nak kahwin pon tak apa. :D Kalau jalan-jalan berdating tu anda ternampak sesuatu dan terdetik dalam hati anda “eh..cantik ni kalau dibuat hantaran..”  haa..beli saja..

Tapi terpulang juga pada anda samada hendak membeli sekaligus atau pon membeli sedikit-sedikit. Macam saya dulu, saya beli sedikit-sedikit, kalau ada yang saya berkenan tu saya beli, jadi tak ada lah terasa sangat bila keluarkan duit tu..

Jadi saya ucapkan selamat bershopping kepada bakal-bakal pengantin kita. Jika anda masih belum membuat keputusan barang apa yang hendak dibeli bolehlah rujuk kepada post saya tentang barang yang sesuai dibuat hantaran.