Sekarang ni  sudah banyak company yang menawarkan perkhidmatan cetakan kad kahwin ada website mereka  sendiri untuk menunjukkan contoh-contoh design mereka. Untuk kali ni saya nak highlightkan koleksi dari Kanda & Dinda wedding cards. Sebelum ini saya pernah menggunakan perkhidmatan mereka jadi saya mulakan dengan mereka dulu..:D. Kalau nak tengok kad kahwin saya dulu bolehlah tengok di blog saya. Kad jenis ni masih ada lagi dijual tapi harganya dah turun pon. RM1.00/1000 keping. Masa saya beli dulu pon RM1.00 juga sekeping tapi masa promosi, harga sebenar RM1.20.

kad kahwin vip

Berbalik kepada Koleksi kad kahwin dari Kanda & Dinda. Kad yang di atas adalah salah satu daripada koleksi kad VIP yang ditawarkan oleh mereka. Harganya ialah RM6.90/1000 keping bersesuaian dengan material (hardcover)yang digunakan untuk kad ini. Mereka ada 11 jenis kad dari categori kad VIP ni.

english rose

Nampak sweet je kan design kat di atas ni. Kad ni namanya English Rose dan ada 5 pilihan color selain dari warna pink. Harganya RM1.20/1000 keping.

poket butterfly

Kad ini pula adalah salah satu dari pilihan color yang ada untuk kad jenis ‘Poket Butterfly’. Simple but Elegant. :D Harganya pon sama seperti kad yang di atas; RM1.20/1000 keping.

Selain daripada kad kahwin, mereka juga menerima tempahan untuk bunting, banner, paperbag dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan maklumat sepenuhnya dan melihat design-design lain yang ada di website mereka; kadKahwin.com