Barang yang sesuai sebagai hantaran

perfume adalah di antara barang yang selalu dibuat hantaran

perfume adalah di antara barang yang selalu dibuat hantaran

Agak-agaknya apa aje barangan yang sesuai untuk dibuat hantaran ye? Sekarang ni macam-macam barangan yang dapat dibuat barang hantaran samada untuk pertunangan ataupun perkahwinan. Dari yang murah seperti kain pelekat sampai la ke mahal-mahal seperti handycam la, handphone la..dan sebagainya.Apa-apa pon barang hantaran ni depend la on our budget pulak. Nanti karang dah berhabis dengan barang hantaran persediaan lain pulak ntah ke mana.

Bagi yang sudah mempunyai list barangan yang nak dibuat hantaran tentu sudah tiada masalah lagi, tapi bagi yang masih tertanya-tanya dan pening-pening kepala tu boleh la gunakan post ini sebagai rujukan. 😀 Saya bahagikan barang hantaran ni kepada 3 bahagian iaitu; Hantaran Mesti Ada, Hantaran Biasa-biasa, Hantaran High-Budget.

Hantaran Mesti Ada ( ikut adat kita orang melayu)

  • untuk sebelah perempuan rasanya tak ada yang wajib bagi pon.
  • untuk sebelah lelaki :
    • mas kahwin
    • cincin/ barang kemas
  • untuk 2-2 belah:
    • sirih junjung/ tepak sirih

Hantaran Biasa-Biasa

  • untuk sebelah perempuan :
    • kain ela (untuk buat baju) / baju kurung @ kebaya siap
    • purse / handbag ( nak dua-dua pon boleh )
    • make up set
    • telekung
  • untuk sebelah lelaki :
    • sampin dan baju melayu
    • songkok dan butang baju melayu
    • wallet & belt set
    • shirt and throuser
    • kain pelekat ( tak pasti kalau sekarang orang bagi lagi as hantaran )
  • untuk 2-2 belah:
    • sejadah
    • al-quran (sekarang ni yang digital pon dah ada)
    • perfume and toileteries
    • jam tangan
    • kek
    • muffin/biskut etc.
    • potpouri
    • kasut/sandal
    • strawberry bersalut coklat ( glamour dulu masa datuk K dengan Siti kahwin..:p )
    • towel
    • bakul buah-buahan
    • manisan i.e : halwa, wajik, coklat, gula-gula
    • buku
    • pulut kuning

Hantaran High-Budget

  • digital camera (nak lagi gempak DSLR )
  • handycam
  • handphone
  • ipod

itu saja yang dapat saya listkan di sini. Kalau sekira ada yang tertinggal ataupon yang anda mahu tambah bolehkan nyatakan di ruangan komen. Untuk hantaran yang high-budget ni memang bergantung pada individu tu la, yang saya letakkan di dalam list tu antara yang saya pernah saya lihat. Rasanya tak salah pon kalau seseorang itu hendak bagi apa pon sebagai barang hantaran. Saya sarankan agar barang yang selain dari makanan tu biarlah sesuatu yang boleh dan akan digunakan selepas berkahwin.

p/s: Ada duit semua pon boleh beli, tapi janganlah pula sampai orang berkata. 😀

Author: Beba

Saya merupakan seorang Mak anak dua yang sekali-sekali menulis di blog Hantaran Kahwin ni. Yang pakar tentang Gubahan Hantaran adalah Mak saya, Pn. Noridah, bukan saya. :D Saya berminat dengan kerja kreatif, tak kisah sama ada handmade ataupon yang gunakan software di komputer. Ada masa saya menjahit, di masa lain pula saya buat design untuk blog/website. Saya juga mempunyai blog sendiri di: http://beba-anas.com.

Share This Post On

24 Comments

  1. SALAM KENALAN

    : PAKEJ YANG DITAWARKAN : :

    KAMI ADALAH SUPPLIER PELBAGAI PILIHAN PELAMIN SERTA KERUSI EKSLUSIF, BACK DROP, PENTAS, TEMPAT LILIN, TEMPAT MERENJIS,KAKI BUNGA ,KOLEKSI PERSALINAN PAKAIAN PENGANTIN, TRADISIONAL SONGKET BUNGA TABOR,BUNGA PENUH DARI PAKISTAN DAN INDIA, PERSALINAN MAJLIS AKAD NIKAH DAN MALAN BERINAI, REKAAN TERKINI PELBAGAI JENIS SELENDANG DAN VAILS ALAS DULANG YANG MENARIK, BANTAL AKAD NIKAH , PILIHAN MENARIK KASUT DAN AKSESORI FABRIK DAN LACE BERKUALITI DENGAN CORAK YANG EKSLUSIF , BUNGA PAHAR DAN HANTARAN PAYUNG /TANJAK/SAMPIN /KORSET/KERIS , JUGA MENERIMA TEMPAHAN PAKAIAN PENGANTIN.

    Maklumat Lanjut, sila hubungi Mr. Muhd Saleem Khan di talian :

    Tel Pejabat : +60326927986 /+60327212349
    Tel Bimbit : 012-2865258 / 012-2589890
    Fax : +60326947986
    Website : http://www.silverstarsdnbhd.com.my
    email : moc]tod[oohaynull]ta[dhbndsratsrevlis
    atau
    hubungi Mona : 0122740691
    http://silverstardotcom.blogspot.com

    TQ

    Post a Reply
  2. apa yg pntg skrng ni bujet utk wat bnda 2 smua..x ada bujet x blh wat bnda 2 smua

    Post a Reply
  3. yup..budget ni penting..sebelum apa2 kena budget dulu..

    Post a Reply
  4. psp n ps3 sebagai hantaran pn ok gak :p

    Post a Reply
    • kalau nak buat apa salahnya..kalau pasangan kita mmg gamer..mesti dia suke..kalau saya pon mesti happy kalau dapat satu..hehe…:D pada saya hantaran ni depend on pasangan tu sendiri apa yang nak diberi..

      Post a Reply
  5. leh x bg hantaran kasut yg x ber tali atau x bertutup n brand dr butik biasa.. mcm nose atau vincci?

    Post a Reply
    • salam nana,

      apa salahnya, saya dulu pon hantaran sandal beli kat vincci je.. 😀

      Post a Reply
  6. klu mas kawin n brg kemas tu termasuk dlm hantaran skali ke???contohnya sy anta kt pihak pompuan 7 set.so 2 brg tu da ditolak dlm 7 set tu trus ke cmner???

    Post a Reply
  7. saya bakal hadapi hari pertunangan so agak2 boleh tak bagi hantaran dalam bentuk souvenier??

    Post a Reply
    • Salam Emi,

      Maafkan saya, sebab saya tak dapat faham apa yang cik maksudkan..
      Dari apa yang saya tahu Hantaran Tunang ni ialah adat bertukar hadiah antara yang bertunang lelaki dan perempuan, manakala souvenir ni pulak maybe buah tangan untuk sesiapa yang datang..so 2-2 tu adalah 2 perkara yang berbeza..

      Post a Reply
  8. saya nak kahwin Insya Allah bulan nov 2011,saya cadang nak letak buku as one of my hantaran..sebab kami berdua suka baca buku.Antara buku yang dalam perancangan bertajuk Men are from mars & Women are from venus (versi Bahasa melayu) dan kompilasi aku terima nikahnya(ustaz Hasrizal Jamil)..menarik jugak idea bagi buku,saya dapat idea dari blog seorang bridetobe

    Post a Reply
    • hi siti,

      memang selalu juga orang buat buku sebagai barang hantaran…kalau tak silap saya sepupu saya pon pernah buat dlu.. 😀 saya pon suke juga bace buku..tiap2 bulan 1-3 kali mesti pergi beli buku…saya suke baca novel.. 😀

      Post a Reply
  9. Saya pernah gak buat gubahan untuk family, sekadar suka2. Sy pernah buat dengan bajet bawah RM500 untuk 7dulang.Sgt simple tp puas hati sbb ramai orang yg sukakannya. Belah lelaki, pulut,buah, kek, sireh, kain pasang +tudung, telekung sambanhyang + alquran dan handbag+kasut ( beli semasa jualan YES, dapat 1/2 harga) Itu dah memadai bagi orang yg bajet sgt ciput
    Belah pompuan plak , kek, buah, pulut, sirih, baju melayu, sepasang pakaian kasual & dan juga set kasut+talipinggang (jualan YES).

    Post a Reply
    • Hi zeda,

      Di sini untuk gubahan 7 dulang kami cuma charge RM 300 sahaja..sesuai dengan bajet yang rendah..dan gubahan yang kami berikan pon nampak exclusive dengan bekas2 yang cantik. 😀

      Post a Reply
  10. adik sy nk kwen xlame lgi…brbalas 11 dulang,sy xtau dah nk ksik idea ape lgi kt dia..11 dulang tu byk jgk..bleh ksik idea x?

    Post a Reply
    • Salam Zila,

      Kat dalam post tu saya dah ada listkan sedikit..tapi ape2 pon for me barang untuk hantaran ni depend on family and bakal pengantin..takde restriction pon nak bagi apa…kalau dah takde idea and nak budget just tambah jek manisan atau coklat or kueh ke lebih2 sikit.. 😀

      Post a Reply
  11. mksd sy, ley x bg hntrn spt tdy bear?

    Post a Reply
  12. salam..sy nk tnya,brang yg sesuai sbgai hantaran kpada phak lelaki bgi mjlis pertunangan ape ye?slalunya manisan dn jnis2 mkanan je ka..then,kain n tepak sireh yg wjib..lain dri mnisan ape yer??tenkiu..

    Post a Reply
  13. ni adalah sekadar mengingatkan umat islam, adat bertukar hantaran ni tak salah sebab menjadi pemberian kepada pasangan masing-masing…
    tapi jgn beri sesuatu yg tak elok..seperti TEDDY BEAR? erk! terkejut saya…
    tak pernah org buat patung dijadikan hantaran..lagipun dlm hantaran tak elok (perlu dielakkan) ade unsur2 haiwan..sebab seolah-olah menyerupai berhala yg diagungkan..contoh berhala di kuil-kuil di hias cantek dengan bunga-bungaan..maka elakkan letak sebarang bentuk haiwan sebagai perhiasan apatah lagi sebagai hantaran ini sendiri…

    Post a Reply
  14. hai beba..

    kalau sy nk tempah gubahan hantaran tuk 9 dulang,berapa ye harga yg u ambik?u cakap 7dulang blh bt dlm 300 kn?

    Post a Reply
    • Salam Eiza,

      Harga untuk pakej gubahan hantaran adalah seperti berikut:

      * Pakej 5 gubahan hantaran: RM 220
      * Pakej 7 gubahan hantaran: RM 300
      * Pakej 9 gubahan hantaran: RM 390
      * Pakej 11 gubahan hantaran: RM 470
      * Pakej 13 gubahan hantaran: RM 550

      Eiza boleh rujuk kat sini: Harga Gubahan Hantaran

      Kalau berminat Eiza boleh terus call atau email mak saya (Puan Noridah)..website ni saya jarang moderate.. 😀

      Thanks..

      Post a Reply
  15. assalam..
    nak tumpang tnya, kalo pihak lelaki dtg merisik, selalu nya pihak pempuan nk kene bg ape ek?? sb nya torang xder buat mjlis bertunang.. merisik ni kira wat syarat je..nk elak dari org ckp ape.. blh tlg sy…

    Post a Reply
    • salam,

      saya pon tak berapa nak sure..merisik ni normally antara keluarga terdekat jek and tak ramai pon yang datang..and selalunya just prepare makan2 sikit jek..and orang lelaki cuma bawa cincin jek..itu je yang saya tau..takde pulak pihak perempuan kena bagi something ke ape..maaf kalau tak dapat membantu..

      Post a Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Habibah & Anas - Update on hantarankahwin.com... sebelum ni aku penah post pasal website mak aku kat post aku yang bertajuk hantaranKahwin.com. Beberapa…
  2. Gubahan Hantaran 101 | hantarankahwin.com - [...] Untuk idea Barang-barang yang lain yang boleh dibuat Hantaran bolehlah rujuk di sini. [...]

Leave a Reply

%d bloggers like this: